lockStd

Monday, October 3, 2016

Kota Kuala Muda

Lokasi GPS : 5°35'05.9"N 100°22'29.3"E

Batu Cerita
Kota Kuala Muda - Tarikh pembinaannya dianggarkan sebelum kurun ke 18 masihi. Kota ini pernah menjadi pusat pemerintahan dan perdagangan yang penting di rantau ini. Barang2 yang diperdagangkan seperti bijih timah dan rempah ratus menarik minat pedagang2 dari negeri China, India, Portugal, Belanda dan Inggeris. Dalam tahun 1821, Tunku Yaakob1 (adinda Sultan Ahmad). dengan bantuan Siam2 telah menawan Kota Kuala Muda. Beberapa percubaan untuk menawan semula telah gagal dan akhirnya Sultan Ahmad Tajuddin3 memindahkan pusat pemerintahannya ke Alor Setar (salinan dari batu yang ada di situ)

Sedih tengok... tinggal yang itu sahaja dari kegemilangan Kedah silam.

Sementara berada di sana sempat juga ambil foto dihadapan gerbang. Insha Allah beberapa maklumat baru akan di up kan untuk rekod Kembara Bersama Cikgu Bob ini



Bagaimana hendak kesana?

Peta lokasi
Dari pekan Tikam Batu anda akan melintasi sebatang anak sungai apabila menghampiri pekan Kota Kuala Muda. Selepas menyeberangi sungai, ada simpang empat. Ambil simpang kiri. Dari situ anda akan jumpa simpang tiga, ambil kiri juga. Dari situ, sebelah kiri anda akan ada deretan kedai lama. Ikut sahaja jalan itu hingga ke hujung jalan. Anda akan jumpa tinggalan sejarah ini

Info lanjut

Lepas baca inskripsi di batu tersebut.... tertanya2 siapakah Sultan Kedah pada waktu itu? Menurut sejarah Kesultanan Kedah di wikipedia, waktu itu Kedah belum mempunyai Sultan sebaliknya diperintah oleh Khalifah Syarif Abu Bakar Shah dari tahun 1767 hingga tahun 1821 kemudian diganti oleh Sultan Mudzaffar Shah III dari tahun 1821 hingga 1825. Jika Sultan Ahmad Tajuddin memindahkan pusat pemerintahan ke Alor Star, dimana pusat pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah? Kena selidik lagi ni


1  Tunku Yaakob (juga dikenali sebagai Tunku Embon) merupakan adik kepada Sultan Ahmad menjadi Raja Muda Kedah. Walaupun begitu menurut amanat nenda baginda Almarhum Sultan Mohamad Jiwa Zainol Azilin Syah wilayah Kayang dan Sentol diperintah oleh Tunku Yusof. Tunku Yaakob telah dibunuh oleh Orang Besar ketua askar Siam-Ligor yang memerintah Kedah. Setelah kembali ke Kota Setar, Sultan Ahmad mengarahkan kubur beliau telah dibongkar dan dikuburkan semula di luar Makan Langgar akibat penderhakaan.
2  Dengan bantuan Raja Ligor
3  Sultan Ahmad Tajudin dikatakan tinggal di istananya di Kuala Bahang pada tahun2 sebelum 1821 - Dinamakah Kuala Bahang ini?

Read More »