lockStd

Friday, April 29, 2016

Nasi itik Prachuap Kiri Khan

Nampak menyelerakan ke tak? Boleh lah singgah di situ. Kordinatnya ialah 11.710981E, 99.716147N di Prachuan Kiri Khan tak jauh dari Masjid Al Anson
Read More »

Wednesday, April 20, 2016

Terowong Komunis Weng

Semuanya berpunca dari satu posting di FB... dari situ semangat berkobar2 nak pergi ke sana. Terowong komunis Piyamit dan Khao Nam Khang sudah dilawati jadi tak patut sangat di negeri sendiri tak pergikan.

Berdasarkan petua yang diberi, saya dan tiga orang kawan bergerak ke lokasi.

Bagaimana nak ke sana?

Cara nak kesana.... dari pekan Baling ambik jalan K157, nampak saja Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, ambik jalan nak pi Tanjung Pari. Ikut jalan lama. Hampa tanya la orang kampung depa tunjuk nanti. Ikut saja jalan tu sampailah jumpa simpang tiga T dan kona kiri ke Tanjung Pari. Lebih kurang 1km ada titi. Lepas titi mesti nampak signboard ini.

Dah nampak signboard tu, ada simpang kecil di sebelah kanan. Jalan berbatu sahaja. Ikut jalan tu masuk ke dalam. Kira2 dalam 4km akan ada simpang Y. Ambil sebelah kanan.
Jalan masuk
Dari situ terus sahaja. Akan jumpa kem askar. Kat situ ada orang kata kena daftar tapi waktu saya ke sana tak perlu pun. Dari situ terus sahaja ikut jalan.

Untuk sampai ke terowong dari simpang Y kira2 15km

Nak mudah lagi masukan kodinat berikut di GPS anda.


GPS Point
5.862080N, 100.912009E





Apa yang best sangat di situ? Ntah la saya pun tak tahu sebab belum sampai lagi. Hampir2 sampai actually. Ada lagi 1km tapi kami dah kena balik sebab semakin gelap dan juga hujan.

Dari foto kawan2 dan juga video yang di ambil, laluan masuk ada 2. Di dalam tu macam di Piyamit atau pun Khao Nam Kang. Cuma pihak askar tak bagi usik harta2 di dalamnya.

Trail

Nak cerita tu susah jugalah jadi saya cadangkan anda tengok video yang sempat di rakamkan di dalam perjalanan. Ini merupakan sebahagian kecil. Ada 6 anak sungai seperti gambar yang anda perlu tempuhi. Anda perlu berdoa agar tidak hujan. Jika hujan anda pasti menyesal masuk sana melainkan dengan kelengkapan yang cukup.

Insha Allah saya akan sambung lagi cerita ini nanti apabila sampai ke terowong. Ada gambar2 orang lain tapi tak best la nak share kan. Untuk lain2 gambar sepanjang trail ini anda boleh lihat di sini


Question / Soalan / Pertanyaan

If you have any question related to this article, feel free to ask in the comment.
Andainya ada soalan berkaitan artikel ini silakan bertanya di ruangan komen.
Read More »

Friday, April 8, 2016

Honda Winner 150 dari Vietnam

Satu lagi model baru 150cc jenis kap muncul dan Vietnam sekali lagi menjadi negara pertama mendapat super cup 150cc.


Engine DOHC 6 speed single cylinder liquid cool with fuel injection (Yamaha Y15Z 5 speed)
Fuel tank : 4.5L (Yamaha Y15Z 4.2L)
Tayar depan : 90/80 (Yamaha Y15Z 70/90)
Tayar belakang : 120/70
Warranty : 3 years or 30,000km
Start of sales : Jun 2016


Maklumat untuk berita ini diperolehi dari website Honda Vietnam
Read More »

Ghout - nanas, lobak putih dan buah keras

From Kol Azzam Rjr. Penawar Gout:

Assalamualaikum minasan, おはようございます....

Jangan bergantung dgn ubat kimia. Jika Anda ada Gout Cukup Minum Ramuan Ini Sekali Saja!

Untuk yang ada masalah gout, saya berpengalaman 20 tahun. Sy tk mampu sholat kerana lutut bengkak tak boleh dibengkokkan. saudara sy beri kapsul Gout dari Amerika, saya minum 2 hari, sakitnya cuma berkurang sedikit saja.

Dengan izin Allah SWT sy ditemukan dgn orang Lamongan, umurnya 110 tahun, masih gagah, anaknya umur 90 tahun yang kelihatan lebih tua. Dia tanya sy sakit apa ya? Sy jawap Gout Pak. Cuba cari sebiji nanas yg masak & satu batang lobak putih kira-kira 250 gram. Dikisar tambah 3 biji buah keras, jadikan minuman Jus lalu diminum sekaligus.

Berapa kali minumnya?. Sekali saja cukup. Untuk penjagaan yg beterusan minum lah 3 bulan sekali . Saya buat sebagai mana yg diajarkan, gout sy dah hilang sama sekali, sembuh sepenuhnya Alhamdulillah! Saya teruskan tiap 3 bulan sekali hingga bertahun-tahun. Ternyata Gout sy dah ucapkan selamat tinggal.

- 1 biji Nenas yg masak - Lobak putih 250gm - 3 biji Buah Keras.

Read More »

Tour Jawa Tengah - Afzan Yusuf

From Afzan Yusuf travelling experience - Day 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Posting ni panjangggg.. aku tak tipu

Pertama sekali, sorry sebab senyap seribu bahasa lepas hari ketiga Tour Jawa Tengah aku tu.... ada sebabnya... Nanti aku bagitau apa jadik...

So... hari ke-4 tour ni plannye rut macam ni lah...

Dieng - Wonosobo - Banjarnegara - Klampok - Panican - Purbalingga - Purwokerto - Baturaden - Bobotsari - Pemalang - Pekalongan

Rencana asal nak panjat Bukit Sikunir, nak tengok sunrise tapi bila aku bangun 3 pagi tu, hujan renyai renyai so... aku batalkan niat tu dan just bersiap untuk terus ke Gardu Pandang Dieng untuk tengok sunrise kot2 matahari menjelma... Pemandangan pagi tu memang awesome..
Telaga Menjer
Kemudian aku terus ke Telaga Menjer melalui perkampungan orang Dieng ni... Leh le tengok aktiviti jual beli sayur diorang dan aktiviti harian mereka. Bawak slow2 jer motor tu sambil smell the roses...
Pintu gerbang BanjarnegaraArung Jeram Sg. Serayu, Banjarnegara
Lepas tu pass through Wonosobo dan masuk Banjarnegara.
Pusat seramikPintu gerbang Purbalingga
Banjarnegara ni glamer dengan sukan white water rafting nye... Tak lah white sangat airnya tapi Arung Jeram Sg Serayu memang awesome pada yang meminati aktiviti lasak ni. Dah puas tengok arung jeram tu aku teruskan perjalanan ke Klampok. Tempat ni terkenal dengan pembuatan seramik, ala2 Ipoh la jugak. Next time kalau nak pegi Jawa Tengah, boleh shopping seramik product kat sini.
Masjid di Bobotsari
Dari Panican, aku pun masuk ke Purbalingga. Kalau nak tau, Purbalingga ni ialah kabupaten atau daerah kelahiran Jenderal Besar Raden Soedirman. Jenderal ni adalah public figure paling aku respek di Indonesia, lebih daripada Soekarno, Hatta atau Hamengkubuwono 9. Google lah pasal reluctant leader bernama Jenderal Soedirman ni yea.. Plannya nak ke kampung halaman Jenderal, tapi terlalu jauh menyimpang, jadinya... lain kalilah yea.

Aku teruskan jua perjalanan ku ke Baturaden di Kabupaten Purwokerto. Baturaden ni terletak di kaki Gunung Berapi Slamet yang masih aktif. Memang awesome taman tema keluarga Baturaden ni, especially untuk famili. Ada air terjun, pertunjukan angklungan (macam kat Jalan Malioboro, Yogyakarta) dan lain2 lagi. Leh tengok gambar for details.

Lepas pekena nasi goreng ayam tengahari tu
aku teruskan perjalanan menuju Goa Lawa, Karangrejo di Kabupaten Purworejo. Goa Lawa ni dulu penuh dengan kelawar size2 gergasi... Tapi la ni tinggal goa je lah.. Lawa nya takde dah... Masuk dalam.. menarik jugak la susun atur gua tu.

Dari Purworejo aku teruskan perjalanan ke Pemalang dan singgah sebentar melawat Makam Raden Mas Agung... ngeri jugak la nak masuk dalam ladang beratus meter ni... Sempat jugak ke kompleks makam pahlawan di Pemalang ni.
Baturaden ke Pemalang


Last part of riding today ialah daripada Pemalang ke Pekalongan.
Bandar Pekalongan ni adalah pusat batik yang paling terkenal di Indonesia. Sebenarnya ada tiga bandar yang terkenal dengan batik di Jawa, iaitu di Solo, Yogyakarta dan di Pekalongan. Tapi Pekalongan ni yang paling win...

Jalan utama Pemalang - Pekalongan ni adalah part of hiway yang menghubungkan Jakarta - Cirebon - Semarang - Surabaya... yakni lebuhraya yang paling sibuk di Indonesia. Hujan renyai2 dah mula turun dan orang pun dah balik dari kerja so, korang bayangkanlah jalan nya sibuk tahap apa? Yang teruk bukan sebab sibuk tu tapi sikap pemandu2 lori dan bas yang tak pikir pengguna motor macam aku ni...

Nak jadi cerita... Hari ke 4 ni adalah juga yang terakhir dalam siri pengembaraan Jawa Tengah yang sepatutnya berakhir selama 9 hari. Sebaik aje aku tiba di Pekalongan sebuah truk kecil memotong kiri kereta di hadapan dan masuk laluan motor... Actually bukan jalan moto tapi tepi jalan yang nak naik rumput tu... Aku pun brek ketat2 untuk mengelak dari melanggar belakang lori tu dan jawabnya... Tergolek dog tengah jalan... Nasib baik in coming bas sempat brek.. Ye lah jalan slow.. Kereta banyak..
Lori tu belah bodoh jer... Orang2 Jawa ni lah yg tolong angkat... Bernafas dah bunyik kruk krak kat dalam... tapi luka satu pun takdak... Takut internal bleeding jer... Aku mintak bapak Innova tu hantar aku ke hospital atau panggil ambulance.. Diorang ni bagus... Hantar aku ke hospital atau Rumah Sakit Kraon Pekalongan. Check x-ray mlam tu jugak, confirm la patah clavicle bone (bahu) dan retak 5 tulang rusuk kiri aku... Nasib tak baik.. Backpack aku yg berat tu bagi impact besar kat bahu dan rusuk bila menghentam tar jalan... Namun syukur... Alhamdulliah... It can be worse... frown emoticon

So, 3 hari aku jadik zombi kat wad hospital tu sorang2 tapi tak bermakna tak berteman. Dekat sana aku dipertemukan dengan manusia hebat bernama Pak Jaler yang jenguk aku pagi dan malam selama 3 hari tu dan Pak Slamet yang kebetulan menunggu mak dia di wad yang berdekatan, Pak Didi, Mbah Sophie, Mbah Okta dan lain2 lagi...

Ada jer yg masuk bilik aku tanya
“dari Malaysia ya? Sorang aja pak?”
“Ya” jawab aku... Lepas tu semua muka pelik, sedih, kagum semua ada...
“Ngga takut pak?” Tanya nye lagi...
“Allah kan ada.. Dia antar bapak ke mari kan?.” sambil senyum tahan sakit... curi cliche orang... kikiki

Dipendekkan cerita, aku gagahkan diri balik Malaysia naik flight dari Semarang - KLIA2 - Penang. Jangan tanya macam mana, sakit ke apa yea...

Apa yg nak aku tekankan... Travel ni memang best especially kalau pegi yg ala2 adventure ni.. Tapi kalau something happen.. Memang x best... Hahaha... Tapi yg penting persediaan kita sebelum travel kena buat sebagai contoh, aku ambik traveler insurance advance package dengan AXA. Polisi insurance, passport copy, lesen copy dan emergency contact no. copy semua aku print siap2 dan letak dalam clear holder, mudah untuk urusan registration hospital... Banyak lagi tips travel ni tapi lain kali lah aku tulih yea...

Penutup cerita aku ni...

Adakah berbaloi trip ni? Yup... Sangat berbaloi

Sakit tak?... MashaAllah... Mintak simpang dari batuk.. Rasa nak pecah rusuk ni...

Adakah aku akan buat lagi trip macam ni? Yup... Next one East Cetral Java Trip bermula dari Semarang selama 15 hari.. Tarikh tak tau lagi.. Route dah confirm hehehe...

Lesson learnt? Banyak... Banyak sangat...

Sebagai penutup... Ada kawan aku sorang ni post benda alah ni kat fb... Hari aku accident... Of all day...

“The word adventure has gotten overused. For me, when everything goes wrong, that’s when the adventure starts”

Well... I got mine... U got yours?

Until next time bro... Assalam







Question / Soalan / Pertanyaan

If you have any question related to this article, feel free to ask in the comment.
Andainya ada soalan berkaitan artikel ini silakan bertanya di ruangan komen.
Sebaiknya terus pm kepada Afzan Yusuf

Tidak ada sebarang penambahan di dalam artikel ini. Ianya sama 100% seperti yang asal. Penerbitan mendapat kebenaran saudara Afzan Yusuf
Read More »

Thursday, April 7, 2016

Bawa kenderaan orang lain ke Thailand - Apa yang diperlukan

Macam2 prosedur yang kita dengar tentang dokumen yang diperlukan untuk melintasi sempadan Malaysia - Thailand apabila membawa kenderaan orang lain.

Dari posting di FB, saya ringkaskan maklumat berikut berdasarkan komen2

Apa yang penting sekali ialah dapatkan chop, salinan ataupun pengesahan yang lengkap untuk mengelakan anda di paw atau ditegah masuk ke Thailand oleh pihak imigresen mau pun Kastam

Bukit Kayu Hitam - Danok

- Authorization letter
- Salinan IC owner

Durian Burung - Ban Prakop

- Authorization letter

Pengkalan Hulu - Betong

- Authorization letter
- Salinan IC owner

Rantau Panjang - Sungai Golok

- Authorization letter siap dengan chop pesuruhjaya sumpah
- Salinan IC owner
- Jika salinan geran mesti kena certified true copy dari JPJ

Padang Besar

- Authorization letter

Wang Kelian

- Authorization letter

Info di atas benar setakat 07-Apr-2016











Question / Soalan / Pertanyaan

If you have any question related to this article, feel free to ask in the comment.
Andainya ada soalan berkaitan artikel ini silakan bertanya di ruangan komen.
Read More »

Tuesday, April 5, 2016

Perlukah travel insurans?

Dah lama saya mencari2 travel insurans hinggalah seorang rakan mengalami kemalangan. Dari dia dapat tahu lebih lanjut tentang travel insurans ini.
Berikut adalah salah satu pakej yang ditawarkan oleh Sime AXA. Nak habag na Sime AXA tak bayar lima det pun promote depa ni. Cuma nak bagi tau pada rakan2 traveller kita patut ambik bila nak travel.

Banyak nak kena baca.... jadi ambik lah masa bacalah polisi anda tu. Boleh melawat website di sini Nak cerita banyak2 saya pun tak tahu. Baru nak apply untuk trip akan datang.

Andainya anda perlukan bantuan ejen sila hubungi Cik Julie di 016-203-1933. Ini pun saya tak ada komisen. Sekadar memudahkan andai diperlukan. Nama dan nombor diperolehi daripada komen rakan2 di group FB Adventure Touring Malaysia











Question / Soalan / Pertanyaan

If you have any question related to this article, feel free to ask in the comment.
Andainya ada soalan berkaitan artikel ini silakan bertanya di ruangan komen.
Read More »

Saturday, April 2, 2016

Lata Celak - Kedah

Saturday morning... received WA message from Pak Eid... inviting me to his home town in Kampung Iboi, Kupang Kedah.


GPS Point
5.564783N 100.865801E



50-50 to go there or to go to Sadao BW. Been to Sadao BW before but never been to Kampung Iboi. Opt for the latter.

Based on GPS poing given by Pak Eid, taking route 4, Sungai Petani - Grik road.
in the water 555
Take a right turn when you see Masjid Al Huda on your right and Klinik Desa on your left. Along the way, you'll pass two schools i.e. Sekolah Menengag Jerai and Sekolah Kebangsaan Iboi. Both on your left. Right before a bridge crossing a small stream take right. Just follow the 'mini-tar' and stop wherever you like. There are a number of nice spots to choose from.

Here are some photos from my visit



Question / Soalan / Pertanyaan

If you have any question related to this article, feel free to ask in the comment.
Andainya ada soalan berkaitan artikel ini silakan bertanya di ruangan komen.
Read More »