lockStd

Friday, December 18, 2015

Day 9 : Laos - Ban Donkon to Luang Namtha

Map perjalanan 18-Dec-2015 sejauh 209km
Log 18-Dec-2015 : Ban Donkon ke Luang Namtha

Bismillah....

Kokokan ayam Laos membangunkan kami. Syukur pagi ini cuaca sudah tidak sesejuk petang kmrn. Nak mandi air slow sangat.... so mandi ala2 P Ramlee dalam filem DOREMI hahaha. Menu pagi ni dari Chef Pijan ialah sambal sotong dan ayam masak halia. Kemaih kan. Dah kenyang keluar jengok2 kawasan sekitar guesthouse, kemudian ambil motor dari stor, check kondisi motorsikal. Pagi ni baru perasan ada guest lain juga disitu. Tak dengar satu habuk dah tadi malam.

Siap packing dan bagi tau ke penjaga guesthouse, kira2 pukul 9 kami gerak menuju ke Oudom Xai. Area2 hotel tak sesejuk petang sebelumnya. Walaupun begitu mentari masih tidak kelihatan.
Salah satu perkampungan yang sempat di snap
Cuaca mendung sahaja. Suam2 cuaca tu tak lama. Sampai saja bukit yg pertama kesejukan mula menggigit jari. 3 gloves yang dipakai setakat sekarang masih mampu bertahan.

Kemiskinan dapat dilihat dengan jelas sepanjang perjalanan. Rumah2 kecil.... orang2 yang berjalan kaki membawa cangkul dan lain2 peralatan merupakan pemandangan biasa sepanjang perjalanan ke Muang Xai. Lori2 dari China pula dipandu dengan laju seolah2 tidak menghiraukan keadaan jalan dan juga mereka2 yang berjalan kaki. Keadaan jalan pula berbatu2 kecil - silap lap wajib tergolek
Perarakan masyarakat setempat
dog LOL. Kiranya datang sini lap dengan penuh tata-susila. Gambar2 lain dapat dilihat di bahagian bawah blog.

Sebelum simpang last nak ke Muang Xai - yang ada roundbout tu, ada stesen minyak sekali, ada perarakan apa ntah. Orang2 situ bawa tokong rasanya dengan lori. Sempat snap beberapa keping untuk rekod sendiri. Panjang juga perarakan tu. Ada la sekitar 100 orang. Ops.... tengok awan kat background tu.... macam tu lah dari tadi pagi dari guesthouse. Di roundbout tu pukul 12 ke Muang Xai, pukul 9 shortcut bypass Muang Xai, pukul 3 ntah la... dah tak ingat. Siapa2 ingat tolong letak kat ruangan komen na. Thx siap2.

Sampai di Muang Xai... ronda2 dulu. Pi tukar duit di bank. Tukar pula US50 di sini. Pelik sikit di Laos ni. Tukar duit US20 note dapat rate lebih tinggi dari tukar duit guna note US50. We thought of having a hot tea for a while so we dropped by at a restaurant. The waiter told us they are not serving drinks. Only when you eat you can drinks. Funny meh

Perjalanan diteruskan ke Na May... semakin lama view semakin cantik... kona2 pun semakin best. Tak nampak dah Pijan di belakang tak tahula berapa jauh.... well layan dulu kona. Lori2 dari China pun
A pose for a friend
semakin banyak. Ada di suatu tempat kena berhenti terus sebab masing2 tak mau mengalah. Lori dari arah depan kena makan jalan nak kona tapi lori dari arah bertentangan tak mau kasi jalan. Stuck there. Tunggu gergasi selesai masalah.

Jalan lagi ke Na May. Dari pekan ni ke Na Teuy view mengancam.... tp bila sejuk tu dah mula gigit2 jari2 comelku... view tak syok dah. Atas bukit tu kami membelah awan2.... titis2 air kelihatan di visor helmet sedikit sebanyak mengganggu penglihatan.

Abang Aziz PG pesan "Hampa jangan lupa ambil gambar di batu tanda Luang Namtha"
A pose for a friend
Well thanks abang Aziz. Kalau tak pesan kami tak berhenti dah. Dah berhenti snap la dulu kan. Nasib baik dengar cakap. Itulah batu pertama dan terakhir kata dah masuk Luang Namtha. Banyak yang dia pesan tapi yang ni saja yang kami dengar hehehe. Ketegag.

Dekat2 Na Teuy singgah di stesen minyak LMC. It is getting colder. Panas2kan tangan dan berkenalan dengan Co Na.... rasanya nak kena label stesen minyak puaka pula ni. Hahaha. A nice vietnamese speaking Laotian lady. So friendly and having a beautiful smile. Nasib baik dia boleh cakap vietnam....
The lady that I mentioned
boleh la goreng2 sikit dengan dia hehehe sekadar basic2 communication la. Saya dan Pijan dijamu kacang grill. Oh man... sejuk2 lapar sangat sedap kacang tu. tapi malu la... tak kan nak perabih pula. kan kan. Dah dah cerita kat sini.. I can write a page just describing her hahaha

Hujan sebelum kami sampai membasahkan jalan. Kotor gila. Habis semua. Motor dah macam motor offroad dah. Suhu semakin sejuk. Finally sampai di lokasi batu puaka... Kena cari la pula. Klu yang ada 1 km. Jumpa juga. Dah tertiarap.
The sacred stone of Boten
3 kali angkat baru boleh terbalikan ke arah yang menunjukan 1km China border tu. Berat beb. Nasib baik Pijan gagah perkasa. Kalau solo memang tak terkalih dah batu tu. While we were lifting the haunted-stone.... the passerby starring at us with a one-kind-of-look (A Malaysian style of describing a wierd-look)... "what are those guys doing" hahaha

Puas dah bergambar di situ kami pi pintu border pula. Snap beberapa keping.... Puas meh dapat sampat ke tempat yang menjadi idola ramai rider and now I am one of them. Hasrat nak sampai Boten dah pun berjaya. Mission accomplished.
Laos-China border

Untuk rakan2 Ride Itik di sini ada satu video untuk anda semua dari saya dan Pijan. Video ini tidak diedit sikitpun. Segar dari memory card terus untuk anda

Terus gerak ke Luang Namtha. Tak sanggup lagi nak melalui gunung2 dgn kelengkapan minima dan DIY. Sampai2 saja di situ terus check in di hotel pertama kami jumpa. Tak tahan dah sejuk. Sangat sejuk



Pesan memesan

Untuk kawan2 yang nak ride pada musim sejuk bawalah kelengkapan yang betul jadi tak perlu DIY. Jaket, glove, kasut dan seluar yang kalis angin itu satu kemestian. Cover muka tak pa... beli di Laos baru KIP3,000 saja.

Gambar2 lain boleh lah lihat di bawah


In Ban Donkon where we have our 2nd nite in Laos
Our breakfastGuesthoue signboardIn front of guesthouse
Ready to move
KBY readyPijan also readyLets move
On the way to Muang Xai
Kids with ethnic wearI am alone hereTypical Laotian houses
The celebration
Stesen minyak puaka - memanaskan badan
 
Boten - Border town to China

No comments:

Post a Comment