lockStd

Friday, October 30, 2015

Tempat mandi medusa (Basilica Cistern)

well kali ni landmark dia dok dalam tanah hahaha dah semua orang dok post landmark atas tanah saja kan.... wa boh satu dalam tanah

tempatnya di constantinople... mana boleh guna istanbul sebab waktu tempat ini dibuat pada kurun ke 3 dibawah di zaman awal rom dulu. lokasi dia kata wiki 150m dari Haiga Sophea. memang dekat pun. yang boleh tau tempat ni pasal orang dok beratog kat satu bangunan.... wa pun beratog juga... perangai buruk wa suka ikut tang mana ada orang macam2 kaler beratog tang tu mesti ada benda bagus.... betul meh.
ni la bangunan yang orang beratog tu. yang ni ambik dari internet sebab gambar saya tak dak bangunan ni. heran juga pasai pa tak dak

masa wa pergi dulu curi2 dengar la kata tourist guide... tak mampu nak ambil tourist guide. sengkek la katakan. dia kata ini tempat mandi dewi medusa.... ala dewi greek yang rambut dia ular mo kalu tengok dia terus jadi batu. pi la cari movie Hercules.

dalam tempat ni memang ada kepala dia. waktu wa pi dulu2 la... wa tengok kepala dia.... tutup mata. sebab tu boleh tulis lagi hari ni. kalau tak hampa kena pi istanbul la tengok ada patung batu omary...

mai tadi nak tulis check sat dalam wiki fakta2 sebab dah lupa... depa kata tempat ni nama basilica sistern. tu baru tau :D :D :D toksah cerita la pasal tu pi baca sendiri. nanti panjang sangat.

apa yang wa nak kongsi ialah beratus2 tahun dulu orang dah buat pun tempat romantik bawah tanah ni. waktu tu di atas suhu 5C tapi dalam ni wa berpeluh. sayanng tak dak meja kopi... kalau ada wa mesti tak mo keluar... ni semua CNN punya pasal. bila check weather dia kata 20C tak bawa la baju sejuk. jadi la macam orang asli melawat eropah. pakai wind breaker saja. jadi empa kalau nak pi europe tok sah percaya sangat CNN. tanya kawan2 pasal suhu di sana.

nahaih panjang dah... cukup2 sebagai penutup tema. nak tau pasal istanbul dan tips2nya mai la sungai petani... wa ceta punya
Read More »

Thursday, October 29, 2015

Imam Khomenei Shrine - Teheran Iran

Cerita hari ni lain sikit dari yang lain. Ini pasal seorang tokoh dan juga landmark dia.... Imam Khomenei Shrine... Biarlah siapa dia cuma saya hormat tokoh ini. Tokoh moden yang mampu menyatukan 70 juta rakyat Iran bangun menentang kapitalis amerika - penaklukan kedutaan US, saddam husin dalam perang iran-iraq selama 8 tahun dengan 1 juta lelaki iran mati dll.

kompleks ini yang luasnya diperkirakan berkilometer persegi luas.... longgar lutut wa jalan2 dalam ni tapi dikuatkan juga gara2 senyuman manis gadis2 iran

nak masuk kompleks ini ingatlah nombor pintu masuk anda.... kalau tidak 100% sesat. kalau tengok wiki dia kata kerajaan iran belanja US2B buat kompleks tu.... tak heran la sebab tanah area tu kira2 US1000 per sq meter kira macam tanah murah saja sebab di west teheran boleh cecah US20,000 per square meter. dari epot tengok kanan bila nak masuk city, ada 4 minaret. tak boleh miss kecuali orang buta hahahaha.

kat dalam tu tak boleh ambil gambar tapi sempat juga snap beberapa keping curi2. ada security oooo siap scan macam di epot beg2 kita. depa takut orang bawa bom atau senjata api. kayu selfie den pun depa ketuk2 check takut kata senjata api. nak semayang dalam tu tak berani dah.... pernah kena sound sesat sekali oleh fanatik syiah dalam masjid (masjid lain la di Semnan kira2 300km dari Tehran) pasal tak letak batu. buat jamak la kan lagi pun musofir.

kalau nak tengok kucing parsi pi la situ. belambak. wa pi kecek2 kucing sekog kena gelak dengan sekumpulan anak gadis... depa tatau kucing tu mahai woooo di malaysia.
Read More »

Meteora Monastery

Tak berapa hari dah lagi nak cerita pasal landmark ni.... hari ni pasal Meteora Monastery di pekan Kalabaka Greece. Ada satu gereja atas puncak batu granite. La ni ada jalan dah naik situ. Dulu depa regang tali kabel jadi gayut pi sana

katanya binaan ini dari zaman Byzantine lagi. Ada dalam 100 keping gambar semua tempat ni tapi saya boh satu sudah. boleh tengok tong2 kayu anggur depa buat wine tapi yang menyentuh perasaan sekali ialah bila paderi tu kata ni kayu dari bahtera nabi noh. depa guna buat ketuk loceng. kayu tu 5in x 5in... panjang dalam 10 kaki kot. lurah2 kayu tu sebiji macam cerita dalam buku sejarah tentang bahtera Nabi Noh A.S.

paderi tu kata kat saya hang ni banyak tanya sangat... sebab tu dia bawa saya pusing2 seluruh kawasan tu sampai ada tempat2 yang pelancong tak boleh masuk pun dia bawa.... tu yang banyak gambag tu :)

kalau nak cerita pasal tempat ni 4 jam pun tak habis... tapi tak mau cerita sini... kot ada yang tak suka pasal ini tempat ibadat ugama lain. kalau rajin nanti saya tulis dalam blog meunthem.blogspot.com

yang penting ianya landmark penting.
Read More »

Wednesday, October 28, 2015

Temple of Poseidon

Temple of Poseidon... Dewa Laut Yunani kuno.... terletak di Semenanjung Sounis kira2 70km dr Athens. Pi sana bawa skuter dgn kawan2 Greek jadi tak tau macam mana nak bagi petua. Ikut depa saja.

Landmark ni tak boleh miss punya... dia satu saja di situ berbanding di Athens berlambak2kan. Saya dah pun melawat 8 dari 14 dewa2 utama Yunani kuno. Teringin nak perabih tapi modai dah habih.

Tempat ni kosong tak dak sebarang tempat teduh jadi tok sah pi waktu summer. Sangat2 panas... depa (kawan2 greek) kata pernah cecah 50C waktu tengahari. Cuaca panas dan kering.... jadi 50C tu macam dok dalam oven la.

Tok sah cerita la kot sapa Poseidon tu. Tanya pak cik google je la

Sekian cerita landmark saya hari ni. Nanti free2 sikit saya tambah gambar di sini
Read More »

Saturday, October 24, 2015

Makanan halal directories in Thailand

Artikel hari ni berkenaan dengan makanan halal di Thailand. Jumpa satu link yang published tentang lokasi2 makanan halal di sana. Boleh cuba di

http://halallivingthailand.com

Kalau nak mudah lagi click di sini

Mudah2an bermanfaat


Read More »

Saturday, October 10, 2015

Lunch... Cambodian style duck soup

Lepak2 hujung minggu tetiba teringat kisah back packing ke Kemboja Dec-2013 yang lalu... korek2 gambar jumpa beberapa keping... terus nak ketik.

Waktu kat sana, En. Abubakar ajak saya dan Nasir ke kebun beliau. On the way singgah beli itik dulu. Itik nila beb.
Dah tak ada orang Islam lain selain kami bertiga jadi kena sembelih sendiri la. Sori la... pegang boleh la... Jadi Nasir volunteer jadi tukang sembelih
Itu saja keje kami. Lepas tu ronda2 dalam kebun yang dipenuhi pokok gaharu yang siap sedia untuk diproses.

2 jam macam tu.... sup dah siap. Inilah sup iti stail kemboja.... kampung style. Pi di pekan tak dak resepi ni. Rasanya well... sedap...
Tak dak jual tu.... jadi tengok betul2 hahahaha

Dah siap semua... apa lagi tuan rumah jemput kami makan. Makan bersila... 2 pinggan la bedal sup tu
Lepas makan lepak2 sekejap lepas tu kami balik ke Phnom Penh. Kira2 dalam 9 malam baru sampai. Saya akan sambung lagi cerita ini... Panjang keseluruhan ceritanya.

OK deh... permisi ya

Read More »

Friday, October 9, 2015

Prahoek.... mabeles colet dari Kemboja


Ini adalah prahoek. sejenis sambal cicah ulam dan juga ikan rebus yang sangat popular dikalangan orang cham - kegemaran saya juga ni. Baunya sangat kuat... budu jatuh no 5 kalau banding bau. sedap subhanallah...

cara makan.... macam kita makan ulam juga. cicah sahaja. boleh juga dimakan bersama daging bakar.

harga tak tahu
dimana jual pun tak tahu sebab saya makan dirumah orang cham - makan cemey la katakan tu yang bertambah sedap.

recommendation - kalau touring ke kemboja carilah kawan2 cham pi la rumah dia minta prahoek.
Read More »

Thursday, October 8, 2015

Minum tagalog di Siem Riep

Pagi ni nak sambung lagi pasal food. kali ni sejenis minimuan femes di Cambodia. pi la tang mana pun mesti ada.

Orang Cambodia panggil tagalog... kalau kita ice blended buah2an campur.

Apa istimewanya? beberapa jenis buah dicampurkan bersama kuning telur, sedikit susu condensed. tempat yang ramai orang biasanya ada ramuan rahsia, dicampur belaka dan di blend bersama aih ketui

hasilnya wallawey... sedap...

harga 2000 ke 5000 riel... cakap khmer dapat murah cakap english kena kapak. stended la kan smile emoticon

kebersihan.... jangan tanya la

biasa2nya minuman ini ada dijual bersama 'pong ti kun' atau pun 'phnum pang saik chruup' grin emoticon grin emoticon grin emoticon - tok sah makan la no

tagalog tu pada pendapat saya halal cuma kalau gerai tu ada jual makanan lain ushar2 la dulu. kot masuk katergori was2
Read More »

Wednesday, October 7, 2015

Makan jagung di tepi tasik

Selamat pagi semua abam2 dan akak2 adventorer2.... saya pengen share info2 pasal makanan di tempat2 yang pernah saya lawati

hari ni nak citer pasal jagung rebus. tu dia gambar dia.... nama dalam khmer saya dah lupa sebab saya memang tak berapa suka makan. nak makan dia bagi sedap kena makan dengan jeruk lobak.... tu piring kecik sebelah tepi tu. ngap jagung suap jeruk 1... macam tu la sampai habis.
tempat makan dulu2 di prek leap... ntah ada ke tak lagi la ni tak tahu la. nak pi sana ambik titi pertama dari river view yang cross sungai tonle sap tu.

yang best tang ni ialah ada ndoi... hampa tau tak ndoi? tu gambar no 2 tu. kita pilih pondok mana nak dok nah dok la sampai malam....
untuk orang2 luar yang tak tau langsung cakap khmer bayar dulu la waktu serving. insist untuk depa ambik. kalau tak nanti jagung tu berharga 30 40 dollar nanti

sebenagnya ada gambar yang lebih cantik tapi tak boleh tunjuk sebab menyembunyikan rohasia hahaha
Read More »