lockStd

Sunday, December 20, 2015

Cross border Huay Xai (Laos) to Chiang Kong (Thailand)

Sekadar berkongsi pengalaman melintasi pintu sempadan Laos-Thailand sewaktu Ride Itik MTLCV.
chiang kong border
Pekan terakhir sebelum menuju ke pintu sempadan
Sesampai je di pintu border Huay Xai sapa je guard kat depan tu. Walau pun terang2 tulis Thailand tanya pi lah. Kita rakyat Malaysia kan ramah.....

Ikut lorong private car. Berhenti sebelum bumbung atau penghadang. Kasi laluan secukupnya untuk van lalu - van2 dari Siam akan ikut laluan yang sama. Kalau halang nanti depa bising2 kat situ.

Hala ke kaunter imigresen... tanya dia OK park motorsai? Dia mesti jawab OK punya. Jangan lupa senyum sebab depa susah nak senyum pada orang.

Hulurlah semua dokumen perjalanan seperti passport, white card dan geran motor beserta insurans. Kami diminta bayar 25,000 kips. Pegawai Imigresen kata "After Custom you come here". You follow police car"

chiang kong border
OTW ke pintu sempadan kedai kopi ni on your left
Ke kaunter Kastam - sekali lagi serahkan geran dan insurans. Dia tanya letter from Thailand. Jawab je pass to Thai Immigration dipintu masuk anda. Kastam tu pula minta 50,000 Kips. Ada resitnya. Lepas tu kembali ke Police Car dan ikut melepasi friendship bridge

Di sebelah Thailand pula parking di lorong kereta. Pastikan ada ruang untuk van. Sama seperti di Laos tadi sebabnya driver van tu orang Siam juga. Faham2 je la

Jalan sikit ke pintu utama untuk pejalan kaki. Ada meja disusun dan ada orang disitu. Pass passport dan geran. Dia akan buat 3 salinan. Isi white card dan pergi kaunter 17. Depa akan tulis surat conveyance tu tanpa apa2 bayaran.

Kemudian ke kaunter imigration. Serahkan passport, conveyance form, white card dan 2 copy geran dan passport. Lepas chop2 geran dan passport fotostat akan dilekatkan pada conveyance form copy kita punya. Kena bayar THB200. Tak der resit.
chiang kong border
Pintu masuk ke kawasan imigresen Laos
Siap di imigresen gerak ke booth Custom. Pass geran dan passport copy. Lepas tu dia kata boleh blah aku nak main telefon ni. Belah la....

That is it. After that you dah boleh keluar dah dan sambung perjalanan ke Thailand.
Read More »

Friday, December 18, 2015

Day 9 : Laos - Ban Donkon to Luang Namtha

Map perjalanan 18-Dec-2015 sejauh 209km
Log 18-Dec-2015 : Ban Donkon ke Luang Namtha

Bismillah....

Kokokan ayam Laos membangunkan kami. Syukur pagi ini cuaca sudah tidak sesejuk petang kmrn. Nak mandi air slow sangat.... so mandi ala2 P Ramlee dalam filem DOREMI hahaha. Menu pagi ni dari Chef Pijan ialah sambal sotong dan ayam masak halia. Kemaih kan. Dah kenyang keluar jengok2 kawasan sekitar guesthouse, kemudian ambil motor dari stor, check kondisi motorsikal. Pagi ni baru perasan ada guest lain juga disitu. Tak dengar satu habuk dah tadi malam.

Siap packing dan bagi tau ke penjaga guesthouse, kira2 pukul 9 kami gerak menuju ke Oudom Xai. Area2 hotel tak sesejuk petang sebelumnya. Walaupun begitu mentari masih tidak kelihatan.
Salah satu perkampungan yang sempat di snap
Cuaca mendung sahaja. Suam2 cuaca tu tak lama. Sampai saja bukit yg pertama kesejukan mula menggigit jari. 3 gloves yang dipakai setakat sekarang masih mampu bertahan.

Kemiskinan dapat dilihat dengan jelas sepanjang perjalanan. Rumah2 kecil.... orang2 yang berjalan kaki membawa cangkul dan lain2 peralatan merupakan pemandangan biasa sepanjang perjalanan ke Muang Xai. Lori2 dari China pula dipandu dengan laju seolah2 tidak menghiraukan keadaan jalan dan juga mereka2 yang berjalan kaki. Keadaan jalan pula berbatu2 kecil - silap lap wajib tergolek
Perarakan masyarakat setempat
dog LOL. Kiranya datang sini lap dengan penuh tata-susila. Gambar2 lain dapat dilihat di bahagian bawah blog.

Sebelum simpang last nak ke Muang Xai - yang ada roundbout tu, ada stesen minyak sekali, ada perarakan apa ntah. Orang2 situ bawa tokong rasanya dengan lori. Sempat snap beberapa keping untuk rekod sendiri. Panjang juga perarakan tu. Ada la sekitar 100 orang. Ops.... tengok awan kat background tu.... macam tu lah dari tadi pagi dari guesthouse. Di roundbout tu pukul 12 ke Muang Xai, pukul 9 shortcut bypass Muang Xai, pukul 3 ntah la... dah tak ingat. Siapa2 ingat tolong letak kat ruangan komen na. Thx siap2.

Sampai di Muang Xai... ronda2 dulu. Pi tukar duit di bank. Tukar pula US50 di sini. Pelik sikit di Laos ni. Tukar duit US20 note dapat rate lebih tinggi dari tukar duit guna note US50. We thought of having a hot tea for a while so we dropped by at a restaurant. The waiter told us they are not serving drinks. Only when you eat you can drinks. Funny meh

Perjalanan diteruskan ke Na May... semakin lama view semakin cantik... kona2 pun semakin best. Tak nampak dah Pijan di belakang tak tahula berapa jauh.... well layan dulu kona. Lori2 dari China pun
A pose for a friend
semakin banyak. Ada di suatu tempat kena berhenti terus sebab masing2 tak mau mengalah. Lori dari arah depan kena makan jalan nak kona tapi lori dari arah bertentangan tak mau kasi jalan. Stuck there. Tunggu gergasi selesai masalah.

Jalan lagi ke Na May. Dari pekan ni ke Na Teuy view mengancam.... tp bila sejuk tu dah mula gigit2 jari2 comelku... view tak syok dah. Atas bukit tu kami membelah awan2.... titis2 air kelihatan di visor helmet sedikit sebanyak mengganggu penglihatan.

Abang Aziz PG pesan "Hampa jangan lupa ambil gambar di batu tanda Luang Namtha"
A pose for a friend
Well thanks abang Aziz. Kalau tak pesan kami tak berhenti dah. Dah berhenti snap la dulu kan. Nasib baik dengar cakap. Itulah batu pertama dan terakhir kata dah masuk Luang Namtha. Banyak yang dia pesan tapi yang ni saja yang kami dengar hehehe. Ketegag.

Dekat2 Na Teuy singgah di stesen minyak LMC. It is getting colder. Panas2kan tangan dan berkenalan dengan Co Na.... rasanya nak kena label stesen minyak puaka pula ni. Hahaha. A nice vietnamese speaking Laotian lady. So friendly and having a beautiful smile. Nasib baik dia boleh cakap vietnam....
The lady that I mentioned
boleh la goreng2 sikit dengan dia hehehe sekadar basic2 communication la. Saya dan Pijan dijamu kacang grill. Oh man... sejuk2 lapar sangat sedap kacang tu. tapi malu la... tak kan nak perabih pula. kan kan. Dah dah cerita kat sini.. I can write a page just describing her hahaha

Hujan sebelum kami sampai membasahkan jalan. Kotor gila. Habis semua. Motor dah macam motor offroad dah. Suhu semakin sejuk. Finally sampai di lokasi batu puaka... Kena cari la pula. Klu yang ada 1 km. Jumpa juga. Dah tertiarap.
The sacred stone of Boten
3 kali angkat baru boleh terbalikan ke arah yang menunjukan 1km China border tu. Berat beb. Nasib baik Pijan gagah perkasa. Kalau solo memang tak terkalih dah batu tu. While we were lifting the haunted-stone.... the passerby starring at us with a one-kind-of-look (A Malaysian style of describing a wierd-look)... "what are those guys doing" hahaha

Puas dah bergambar di situ kami pi pintu border pula. Snap beberapa keping.... Puas meh dapat sampat ke tempat yang menjadi idola ramai rider and now I am one of them. Hasrat nak sampai Boten dah pun berjaya. Mission accomplished.
Laos-China border

Untuk rakan2 Ride Itik di sini ada satu video untuk anda semua dari saya dan Pijan. Video ini tidak diedit sikitpun. Segar dari memory card terus untuk anda

Terus gerak ke Luang Namtha. Tak sanggup lagi nak melalui gunung2 dgn kelengkapan minima dan DIY. Sampai2 saja di situ terus check in di hotel pertama kami jumpa. Tak tahan dah sejuk. Sangat sejuk



Pesan memesan

Untuk kawan2 yang nak ride pada musim sejuk bawalah kelengkapan yang betul jadi tak perlu DIY. Jaket, glove, kasut dan seluar yang kalis angin itu satu kemestian. Cover muka tak pa... beli di Laos baru KIP3,000 saja.

Gambar2 lain boleh lah lihat di bawah


In Ban Donkon where we have our 2nd nite in Laos
Our breakfastGuesthoue signboardIn front of guesthouse
Ready to move
KBY readyPijan also readyLets move
On the way to Muang Xai
Kids with ethnic wearI am alone hereTypical Laotian houses
The celebration
Stesen minyak puaka - memanaskan badan
 
Boten - Border town to China
Read More »

Saturday, December 12, 2015

Day 1 - Sungai Petani to Nakorn Sitammarat

Day 1 Sungai Petani to Nakorn Sitammarat
Log Day 1 : 12 Dec 2015

Bismillah

Started the day dgn ride silaturahim. 9.30 dr rumah. Pergi breakfast dulu di Kedai Roti Canai Naim di Taman Ria. Budak2 tu tanya nak kemana dengan beg yang di ikat tu. Bila bagi tau nak masuk Laos tengok muka sorang2 macam tak percaya. Well akan dibuktikan.

Singgah di Log Stag dengan hajat nak jumpa Chip Mad Duha tp tak berkesempatan. Dia tinggai rumah kosong macam tu saja. Lepak2 dgn Mir saja. Dia kena man exhibition booth MODENAS di perkarangan stadium. Lepas tu singgah jumpa sifu di Jitra. Kena tuang 2 gelen grammoxone. Punggah.... hahaha. Habag ja nak star apa... dia share belaka. Tu punya sempoi sifu wa. Cenggini like emoticon

Tak cukup lagi... sampai Danok tgg Abikhalid pula di Restoran Kak Jah. Ingat Pakistan mana siap bawa kotak baik motor. wink emoticon Tu 1st time jumpa dia. Sembang mcm kawan sekolah. Fifi dan kawan dia ada sana ambik sticker. Biasa la... asal masuk siam nak sticker nombot siam. Comey itik tu Fifi. Thx

Teka sapa lagi aku jumpak. Abe Brie.... dan Mail... betui ka dak tatau geng Peketum. Dia mai woooo pasai kawan2. Thx thx thx


Pi cari Pijan di Paradise Resort. Nama sedap tp dalam kebun getah saja smile emoticon kesian kat dia tgg dr pukui 10 pg. Pukul 4pm baru jumpa dia. Biasa la janji rider kan. Sebab tu kena jalan sekali.

Lajak sikit lagi jumpa Abam Azman Ali pula di Amazom Cafe dekat simpang Hatyai. Ni pun tak pnh jumpa juga tapi sembang macam dulu2 tadika sekali smile emoticon Yg ni kena paraquat terus.... tongue emoticon Terima kasih bg Man utk cenderahati fizikal dan ilmiah. Peta tu nanti chek pi hantag na.


Pukui 6.30pm baru start ride yang nak buat tu. Kalut betui tak dan pakai jaket dr rumah tadi lagi Kami ambik route 408. Sepanjang jalan cuma ada 1 lubang saja dan sekog anjing yg nyaris2 mati 2x. 1st time balaih dari BKH sampai Nakorn Sitammarat tak isi minyak. Aku bawa kapchai saja na jadi kira pelik la. smile emoticon

Hajat nak pi Surathani tp stop tang ni saja sebab dah pukui 9.30 malam. Tidoq di situ. tempat aku tag. Nanti cerah kita boh macam mana resort dia. Walaupun murah THB380 siap parking individu utk DX aku tapi tak rekomen. Asal pejam mata rasa ada yang dok sebelah. Bukan fizik tp alam lagi satu. Dia tak tunjuk la.... selamat. Kalau tak mau aku tidog sebelah DX la kat tempat parking.

Lampu sukan tu memang mabeles. Dengan spana Nasec, ejes kasi tinggi sikit td malam. Dah ngam sui dah

Tak lupa juga pada isteri dan anak2 serta kawan2 yang mendoakan keselamatan saya.... luv u all

Lain2 cerita berkaitan

Log pengembaraan ini mempunyai siri yang tersendiri bermula dengan siri ini dan berakhir sebelas siri yang akan datang. Untuk memudahkan mencari sila click di bawah
  1. Day 2
  2. Day 3
  3. Day 4
  4. Day 5
  5. Day 6
  6. Day 7
  7. Day 8
  8. Day 9 : 18-Dec-2015 Ban Donkon to Luang Namtha
  9. Day 10
  10. Day 11


Read More »

Saturday, November 21, 2015

Suhan.... Qom favourite food

ini di qom... berbekalkan title pelancong dari malaysia, kami dapat masuk dapur kedai buat suhan... makanan femes di sini. rasa macam cucuq kita saja tapi sangat tebal dengan rempah-ratus. kedai biasa2 saja ni.... kalau yang femes kedai lain la... boleh cecah beratus dollar satu bekas. ikut ceritanya suhan ini berasal dari qom... jika diluar qom tu bukan ori la.... thats all...
kalau nak try buat nah click sini untuk resepinya... kalau jadi bagi tau na... boleh la nak beli satu hahaha
Read More »

Saturday, November 14, 2015

Accomodation di Koh Samui

Kalau ada yang nak ke Koh Samui saya rekomenkan tempat berikut

Nama tempat : Suphonpon Cottage
Lokasi : Lamai Beach
Harga : 250 ke 350 baht



Gambar tu gambar tahun 2014 waktu buat Ride Itik ke Samui... lagi foto tentang cottage tersebut



ada anjing comel... hon sen namanya... mula2 tu kalut juga... manja dia. dia tau kata kita tak boleh sentuh dia.


Read More »

Angkor Wat revisit 2015 (plan)

14-Nov-2015
Menghitung hari untuk menjejaki semula kuil purba di Siem Riep. Gambar di atas di ambil pada bulan Dec-2013.... 2 tahun selepas tu nak cuba ambil shot di tempat yang sama juga

Di dalam blog ini ada menceritakan pengalaman dari backpacking ke Cambodia. Raji2n la check artikel lama kalau nak baca
Read More »

Sunday, November 8, 2015

Mencuci minyak2 di enjin anda

Sekadar share sedikit tips yang saya perolehi dari seorang rakan untuk mencuci enjin motorsikal anda. Enjin kereta pun boleh juga.

Ramuan2nya
1 tudung penuh cecair pencuci - belasah je cap apa pun
20 sen minyak petrol
air dalam 2 liter

Cara2nya
Masukan semua ramuan ke dalam bekas bertekanan tinggi. Goncang2kan. Kemudian apply pressure. Spraykan. Hasilnya begini

Kemudian bilas dengan air... itu je

Rajin2 tu bacalah cerita2 lain di blog saya ni... Click sini saja
Terima kasih

Read More »

Saturday, November 7, 2015

Kedai repair motor di Krabi

Motor rosak merupakan satu tragedi ni kalau bertouring. Kira2 tu ada dalam doa la mohon ALLAH jauhkan motor dari rosak dalam perjalanan... tapi kita hanya berdoa... kalau sudah ditakdirkan rosak ia berlaku juga.

Begitu jugalah yang berlaku dalam salah satu ride itik... motor FZ kawan kita rosak. Puas mencari kedai repair dari Trang hingga ke Krabi. Last2 kedai Yamaha Krabi bagi tau depan sikit tu ada kedai boleh repair.
Kodinat kedai 8.075394, 98.995411

Kedai ni terletak tepi jalan no 4. Lepas simpang 3 nak masuk Krabi.... dalam 500m kot sebelum PTT tapi PTT tu sebelah kanan.

Harga servis sangat menakjubkan. Overhaul dan ganti bearing dia charge 2700 baht sahaja.

Kalau ada problem sebelah kanan kedai tu ada orang Petani... boleh minta tolong dia translate.

Boleh la nak cuba2....

Beberapa lagi gambar di tempat kejadian untuk memudahkan pengecaman
Dari kedai nampak PTT seberang jalan

Signboard Big C

Saja nak letak gambar ni


Read More »

Sunday, November 1, 2015

Meronda-ronda di Dubai - part 1

tempat ni salah satu yang femes di dubai.... dari epot ambil kereta sapu.... kira2 dia minta 200 cincai la.... tong2 jadi tak banyak sangat rasanya. tour dubai 6 jam dengan 200 tu satu kereta. berbaloikan.
salah satu tempat yang di singgah yang ini... 

tips pada rakan2 yang first time travel.... ambil lah transit time yang lama2. 12 jam ka 15 jam ka 24 jam ka 2 hari ka grin emoticon grin emoticon grin emoticon supaya ada kesempatan keluar dari epot dan meronda. bila lagi nak singgah2

pendek saja hari ni...
Read More »

Friday, October 30, 2015

Tempat mandi medusa (Basilica Cistern)

well kali ni landmark dia dok dalam tanah hahaha dah semua orang dok post landmark atas tanah saja kan.... wa boh satu dalam tanah

tempatnya di constantinople... mana boleh guna istanbul sebab waktu tempat ini dibuat pada kurun ke 3 dibawah di zaman awal rom dulu. lokasi dia kata wiki 150m dari Haiga Sophea. memang dekat pun. yang boleh tau tempat ni pasal orang dok beratog kat satu bangunan.... wa pun beratog juga... perangai buruk wa suka ikut tang mana ada orang macam2 kaler beratog tang tu mesti ada benda bagus.... betul meh.
ni la bangunan yang orang beratog tu. yang ni ambik dari internet sebab gambar saya tak dak bangunan ni. heran juga pasai pa tak dak

masa wa pergi dulu curi2 dengar la kata tourist guide... tak mampu nak ambil tourist guide. sengkek la katakan. dia kata ini tempat mandi dewi medusa.... ala dewi greek yang rambut dia ular mo kalu tengok dia terus jadi batu. pi la cari movie Hercules.

dalam tempat ni memang ada kepala dia. waktu wa pi dulu2 la... wa tengok kepala dia.... tutup mata. sebab tu boleh tulis lagi hari ni. kalau tak hampa kena pi istanbul la tengok ada patung batu omary...

mai tadi nak tulis check sat dalam wiki fakta2 sebab dah lupa... depa kata tempat ni nama basilica sistern. tu baru tau :D :D :D toksah cerita la pasal tu pi baca sendiri. nanti panjang sangat.

apa yang wa nak kongsi ialah beratus2 tahun dulu orang dah buat pun tempat romantik bawah tanah ni. waktu tu di atas suhu 5C tapi dalam ni wa berpeluh. sayanng tak dak meja kopi... kalau ada wa mesti tak mo keluar... ni semua CNN punya pasal. bila check weather dia kata 20C tak bawa la baju sejuk. jadi la macam orang asli melawat eropah. pakai wind breaker saja. jadi empa kalau nak pi europe tok sah percaya sangat CNN. tanya kawan2 pasal suhu di sana.

nahaih panjang dah... cukup2 sebagai penutup tema. nak tau pasal istanbul dan tips2nya mai la sungai petani... wa ceta punya
Read More »