lockStd

Monday, December 30, 2013

Indochina 2013 trip - Day 1 (Bahagian 1)

Perjalanan kami bermula dari stesen keretapi Sungai Petani. Seawal jam 6.30 sudah berada di stesen keretapi. Agak awal kerana dah lama tak naik keretapi... kira2 35 tahun

Jam 7 keretapi Langkawi Express datang... board and leaving to Padang Besar
Sempat berposing... diambil oleh seorang kenalan. Baru kenal, Haris namanya... orang Sungai Petani juga tetapi bekerja di Phuket dengan bot persiaran persendirian. Selamat berkenalan ye Haris. Sayang foto bersama beliau tidak dirakamkan.

Ops lupa nak beritahu. Tambang keretapi dari Sungai Petani ke Padang Besar ialah RM9 untuk kelas 3. Tiket kena beli atas keretapi. Resit tak ada dan boleh dikeluarkan tetapi untuk 5 orang. Peraturan zaman apa daaa

Well, bertolak pada jam 6 pagi dari rumah tanpa sebarang breakfast... apa lagi perkara wahid yang dilakukan apabila keretapi dah bergerak dengan elok ialah mencari makanan. Ini je yang ada di cafetaria. Dah disebat oleh penumpang lain
Elok2 kenyang sampai di stesen Padang Besar. Jadi la... perut dah kenyang. Sampai di stesen keluar ke Padang Besar dulu. Lupa nak ambil duit. Dah siap duit dipoket melalui Imigresen dan Kastam
Canti rupanya kawasan Imigresen dan Kastam Malaysia.

Pertama kali melalui pintu ini untuk ke Thailand. Tak tau caranya so guna la perkhidmatan teksi. Huh rugi je bayar. Kena macam biasa juga. Tengok la orang beratur di Imigresen Siam
Perangai Siam ni... dia tak bagi arrival and departure card. Kena paw la RM2 sorang sebab nak isi borang.

Masuk pekan Padang Besar Siam, disambut oleh Abe. Taiko pekan Padang Besar. Makan free pagi ni. Murah rezeki kan. Pada2 la orang belanja.
Selesai makan, ada buah tangan lagi dari Abe. Katanya untuk makan2 atas keretapi nanti. Gambar nanti la kita uploadkan.

Dari Padang Besar ke Hat Yai naik taxi van di stesen. Sekali lagi ianya percuma
Selebihnya kita sambung di bahagian ke 2 ye

Total expenditure sampai saat ini ialah RM11 sahaja tidak termasuk makanan di cafetaria KTMB tu. Sapa suruh tak breakfast di rumah hahaha

If you want to see more photos of my trip be my friend. Add me FB omaothman






No comments:

Post a Comment